Nov 5, 2010

Misteri Surah Al-Fatihah

Surah 'AL-FATIHAH':

1) Baca 14 kali sebelum tidur. (Suami dan anak-anak akan sentiasa mengingati kita)

2) Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian. (Melepaskan rasa sakit dalaman)

3) Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. (Kepada orang berpenyakit mental)

4) Baca 3 kali tiup dalam segelas air, minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit. (Sakit yang keterlaluan)

5) Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala. (Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa)

6) Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit. (Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu)

DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR SERTA IKHLAS, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.



Zikir 'YA-RAHMAN', 'YA-RAHIM', 'YA ALLAH' Buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut: Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.

Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah 'Allahuakhbar', dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati. (Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagainya).



AWET MUDA (dalaman dan luaran):

Zikir 'Ya Badiyah':1 kali, 'Ya Nur':1 kali, 'Ya Hadi':1 kali, 'Ya Allah':3 kali. Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.

Ayat Al-Waqiah (ayat 35, 36, 37, 38): Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum. (Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman)


'Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula)
kepadamu.' (Al-Baqarah: 152)



p.s: sentiasalah berprasangka baik terhadap Allah s.w.t....











No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...